|
PELAKSANAAN
KURIKULUM
PROGRAM
BINA INSAN GURU (PROBIG)
Pengenalan
Kursus Bina
Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti
insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar Program Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah dan pelajar Kursus Diploma Pendidikan Malaysia. Program
ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang
tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai
insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru
yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta
sentiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah
secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan
ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di
samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan
insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan
budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).
FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU
Guru
yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung
aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
VISI
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Untuk
mewujudkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memenuhi aspirasi Negara di Malaysia
MISI
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Untuk
membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru
yang cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara
OBJEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
1.
Mengeluarkan guru permulaan yang
mencukupi untuk
sekolah rendah
dan menengah
2.
Membina insan guru berakhlak mulia,
berilmu, kreatif, ikram dan berdaya
tahan yang boleh mendidik murid dengan cekap dan berkesan
3.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan
guru terlatih secara
berterusan
4.
Mengembangkan institusi pengurusan
sebagai pusat khidmat
rujukan dalam
bidang keguruan.
IKRAR RUKUNEGARA
Bahawasanya
negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara cara
hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; menjamin satu cara liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden:
Maka kami
rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut:
-
Kepercayaan
kepada Tuhan
-
Kesetiaan kepada
Raja dan Negara
-
Keluhuran
Perlembagaan
-
Kedaulatan
Undang-undang
-
Kesopanan dan Kesusilaan
MATLAMAT PROGRAM BIG
Program
Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri
yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha
berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.
Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I (4 Hari 3 Malam) yang akan
dilaksanakan pada awal semester pertama.
Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi
pendedahan awal
kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi
enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan ini
adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:
OBJEKTIF PROGRAM BIG
1.
Memahami
realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza.
2.
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam
pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
3.
Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai,
etika dan akhlak keguruan.
4.
Menilai kesesuaian ciri personaliti
kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya
keguruan.
5.
Berupaya mengurus diri dengan
mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan
diri yang sesuai.
6.
Membina kemahiran berfikir aras tinggi
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
7.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan
jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.
8.
Memupuk semangat berpasukan,
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
9. Berupaya berfikir secara refleksif dan
kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil
tindakan
penambahbaikan secara berterusan
PERATURAN
DAN ARAHAN TETAP PROGRAM
PERKHEMAHAN BIG
Peraturan dan arahan tetap perkhemahan
program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya
program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar,
berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:
1. Peserta mesti mematuhi semua arahan,
jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti
BIG.
2. Peserta hendaklah menjalinkan
hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama
lain.
3. Peserta hendaklah mengawal diri
sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan
4. Peserta yang beragama Islam
diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu
solat.
5. Peserta diwajibkan menghadirkan diri
dan menepati masa dalam setiap program/aktiviti yang dilaksanakan.
6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab
terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan
peralatan ke tempat
lain tanpa
kebenaran)
7. Peserta
dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.
8. Peserta dilarang membuang sampah di
merata tempat dan bertanggungjawab menjaga
kebersihan kawasan.
9. Peserta dilarang menebang atau
merosakkan pokok dan perlu sentiasa
mengamalkan sikap mesra alam sekitar.
10.
Peserta lelaki dilarang masuk ke
kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.
11.
Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan
tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.
12.
Peserta mesti sentiasa berpakaian yang
sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai
selipar atau kain pelikat
di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi
perkhemahan.
13.
Peserta dilarang membawa dan memakai
barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.
14.
Segala bentuk perjudian dan minuman
keras diharamkan sama sekali.
15.
Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di
luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.
16.
Peserta dilarang memancing, berburu,
menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.
17.
Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari
luar semasa aktiviti perkhemahan.
18.
Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan
kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.
19.
Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri,
peralatan dan harta persendirian.
20.
Peserta dilarang membakar dalam kawasan
perkhemahan tanpa kebenaran.
21.
Penggunaan peralatan berbahaya dan
berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih/fasilitator.
22.
Peserta dilarang menggunakan telefon
bimbit tanpa kebenaran.
23.
Peserta mesti mematuhi lain-lain
arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan
sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
24.
Peserta yang melanggar peraturan akan
diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
ETIKA PESERTA
1. ETIKA
TERHADAP DIRI SENDIRI
·
Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan
kecerdasan diri
-
Memelihara kebersihan, kekemasan
dan keceriaan diri
-
Mengawl hawa nafsu dari melakukan
kemungkaran dan keiatan anti sosial
-
Berupaya membuat keputusan yang
rasioal dan kestabilan mental terhadap tekanan
-
Mempunyai peri laku yang
mencerminkan akhlak dan budi pekerti yang luhur serta saling hormat
menghormati
-
Berkomunikasi yang berkesan dan
kesantunan berbahasa dengan semua pegawai dan peserta
-
Mengamalkan budaya memberi salam
dan bertegur sapa
-
Menghindarkan diri dari apa-apa
tindakan yang boleh mencemarkan nama baik dan imej maktab
-
Bertekad dan berusaha meningkatkan
kualiti dan prestasi diri sepanjang program
2. ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA
-
Bekerjasama dan bermuafakat sesama
rakan peserta
-
Menjaga kesejahteraan, perpaduan
dan keselamatan rakan peserta.
-
Memberi nasihat dan menolong rakan
peserta dalam mengatasi masalah yang dihadapi
-
Mengelakkan diri daripada
mencemarkan dan menjatuhkan nama baik dan maruah rakan peserta
-
Menjadi ahli yang aktif dalam
semua aktiviti dan sebagaimana yang diarahkan
-
Bersedia memaafkan kesalahan orang
lain dan menyedari kelemahan diri
-
Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan
rakan peserta.
3. ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN
-
Membina sikap cintakan ilmu dan
pengalaman
-
Mengembangkan potensi berfikir
secara kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas
-
Menghubungkaitkan teori dan amalan
serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti harian
-
Melaksanakan tugasan dengan jujur
dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan
-
Berusaha mencapai keputusan yang
baik dan tepat, bersikap akur kepada keputusan, berlapang dada terhadap
perbezaan pandangan dan pendekatan
-
Menyertai semua aktiviti program
untuk kemanfaatan diri, kumpulan dan persekitaran sesuai dengan potensi
diri
-
Berdoa semoga mendapat keredhaan
Tuhan dan keberkatan ilmu dan pengalaman yang diperoleh.
4. ETIKA TERHADAP URUS SETIA DAN PEGAWAI
PROGRAM
·
Menghormati, memberi salam dan ucapan
penhargaan kepada semua urus setia dan pegawai proram
·
Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan
semua urus setia dan pegawai program
·
Memberikan tumpuan yang bijaksana dan
menghargai tunjuk ajar pegawai program
·
Membahaskan secara sopan ilmu yang
diragui atau yang bertentangan dengan kefahaman dan realiti semasa
·
Sentiasa meminta keredhaan ilmu yang
dipelajari daripada pegawai bertugas
·
Mendoakan kesejahteraan semua pegawai
dan urus setia.
5. ETIKA
TERHADAP PUSAT LATIHAN DAN PROGRAM
-
Mematuhi peraturan, arahan tetap
dan etika peserta
-
Menjaga keharmonian pusat latihan
dan program
-
Peka terhadap kebersihan semua
ruang dan bahagian pusat latihan, kemudahan dan kawasan latihan
-
Menjaga keselamatan harta benda
awam dan kepentingan bersama
-
Menanam sikap berjimat cermat
menggunakan air, elektrik dan segala kemudahan latihan
-
Mempunyai perasaan sayang terhadap
pusat latihan
-
Menjaga nama baik dan imej pusat
latihan
-
Sedia berkhidmat dan memberikan
bantuan sebagaimana yang diarahkan dan diperlukan dengan penuh jujur dan
ikhlas
-
Bertekad dan berusaha untuk
mencapai objektif program dan menghayati semangat, ilmu, kefahaman dan
pengalaman yang diperolehi sepanjang program secara berterusan selepas
Program Bina Insan Guru tamat.
MASUK |